gambaran hilusi

gambaran hilusi

Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru Di Depan Rumah Je


dari tepi kiri Ibu halimah (org paling garang kawasan ni) Ibu baju putih hehe,,Ibu 15 juta,hahaha

kat depan hujung sekali rumah kita orang..3 tingkat boh..

inilah nikmat layan tahun baru di sini..tepat jam 12 mlm bunga api bnyak meletup.,,,
POMPOMPOMPOM

Tuesday, December 29, 2009

Hari terakhir dalam sem ganjil

ini ibu isnawati byk prkara dia thu byk tntng pelajaran x kira lh apa pun..hebat tau

Ini pak Bambang..dia ni org jawa..best dia ngajar..

Jadi disni otai nk mengucapkan banyak2 terima kasih pada Dosen2 yg bnyak menolong Otai dalam mengenal erti Ilmu Indonesia dan Ilmu agama..Sem depan harap2 Dosen2 ini jugk yg ngajor..Best sngat2...ada byk lagi nama Dosen yg otai x letak gambar, sperti Dosen Ibu elviza dan Prof Dr H Abd Ghani Abdullah ( Pengantar Ilmu hukum) Dosen Dr Rumardi (Tarikh Tasyri) Dosen H Yunasri (Akhlq Tasauf) Dosen Dr Heldi (Sosial Dasar)Dosen Prof Dr H Ibu Amani Lubis (Sejarah Peradaban Islam)

DOAKAN KITA SEMUA BERJAYA DIDUNIA DAN AKHIRAT..NAK EXAM DAN NI. TANGGA 11,JANUARY HINGGA 20 JANUARY NII..

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK IBU DAN BAPAK DOSEN..









Thursday, December 24, 2009

JIKA ditanya tarikh bulan Islam, ramai yang menjawab tergagap-gagap. Jika tahu pun, kemungkinan hari itu jatuh pada hari kebesaran Islam seperti Aidilfitri (1 Syawal), Aidiladha (10 Zulhijjah), Maulidur Rasul (12 Rabiulawal) dan Awal Muharam (1 Muharam).

Kita terpaksa mengakui ramai lebih tahu kalendar masihi berbanding bulan Islam disebabkan terlalu mengagung-agungkan bulan terbabit berbanding bulan Islam.Justeru, amat sesuai tarikh hari ini (1 Muharam 1431 hijrah) iaitu tahun baru dalam kalendar Islam kita meningkatkan kesedaran serta penghayatan terhadap taqwim hijrah.Setiap kali tahun baru, kita tidak pernah terlepas menyatakan azam. Memang tiada seorang pun mahu mahu terus berada dalam kepayahan.Sempena kehadiran bulan Muharam, fokusnya tertumpu kepada peristiwa agung penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w, bermula dari kota Makkah ke Madinah.Rentetan sejarahnya nampak mudah tetapi jika diamati, ia menggambarkan pengorbanan, kesanggupan, kesusahan, ketaatan dan kekuatan iman yang dipamerkan umat Islam yang dipimpin Nabi Muhammad s.a.w. Penghijrahan itu memberi impak besar dalam perkembangan Islam.Mereka sanggup meninggalkan harta benda, rumah, isteri, anak-anak malah mempertaruhkan nyawa sendiri demi melakukan hijrah dan menegakkan agama Allah.Dalam penghijrahan itu umat Islam terpaksa menanggung pelbagai peristiwa getir kerana gerak geri mereka sentiasa diperhatikan kaum kafir Quraisy.Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: "...(Juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurniaan daripada Allah dan keredaan-Nya dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar." (Surah al-Hasyr ayat 8).Golongan kafir Quraisy menyedari jika tersebarnya agama Allah di muka bumi Makkah, ia akan merumitkan kebebasan mereka melakukan kezaliman seperti menipu, rasuah, zina, meminum arak, berjudi dan memperalatkan wanita.Justeru, Rasulullah s.a.w melancarkan seruan dakwah dengan dua keadaan iaitu secara rahsia (sir) dan terbuka.

Maka bermula penentangan hebat yang menyaksikan pelbagai bentuk penindasan serta perpecahan di antara penduduk Makkah. Kebangkitan Islam di Makkah semakin memuncak sehingga penentangan mereka terhadap golongan kafir Quraisy menjadi-jadi. Pembesar Quraisy tidak senang duduk melihat kebangkitan itu lalu menanam benih keraguan di hati masyarakat Makkah. Mereka turut mengaburi mata masyarakat dengan pelbagai ganjaran seperti wanita cantik, harta dan pangkat. Malah, perkara itu turut ditawarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai syarat menghentikan gerakan dakwah.Apabila umat Islam memiliki kesungguhan untuk mengubah diri mereka, Allah pasti memberikan pertolongan terhadap hamba-Nya. Firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Surah Muhammad ayat 7).

Penghijrahan Rasulullah s.a.w itu akhirnya membuahkan hasil apabila mengubah segala pengalaman lampau seperti permusuhan, kejahilan serta kemunduran kepada penyatuan persaudaraan, masyarakat berilmu dan berkeperibadian tinggi serta rancak dengan limpahan kemajuan.Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Dan, orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang sudah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya." (Surah al-Hasyr ayat 9).Namun, di sebalik kesukaran berhijrah, ia memberi pengajaran mendalam kepada umat Islam. Di Madinah, tugas pertama Nabi Muhammad s.a.w adalah menyatukan persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar.Baginda seterusnya mengasaskan masjid pertama sebagai tempat ibadat, penyebaran ilmu serta tempat penyatuan hati umat Islam. Nama Yathrib ditukar kepada Madinah al-Munawwarah yang bermaksud bandar yang bercahaya serta memeterai piagam Madinah.Nabi Muhammad s.a.w menjalinkan hubungan antara kabilah serta penduduk tempatan selain merangka kaedah membasmi kemiskinan dan memperkukuhkan tahap keselamatan negara. Keadaan inilah yang dimanfaatkan Rasulullah s.a.w. dan sahabat r.a. mengerah usaha menyeru manusia kepada Islam sehingga akhirnya Islam tersebar ke seluruh dunia. Saidina Umar r.a mengungkapkan kata yang bermaksud: "Celakalah bagi orang Muslim yang hari ini lebih buruk dari hari semalam dan hari esoknya lebih buruk dari hari ini."

Jd disini Otai bukan nak bg komen atau apa2.cuma otai nk tnya je pada shbt2 yg baca blog otai.
"Kenapa tidak dipilih hari kebesaran Islam lain sebagai tahun permulaan Hijrah??

Bg otai , peristiwa itu mempunyai simbolik terhadap kerjasama erat antara umat Islam dan bukan Islam.

"Ini dikaitkan dengan pembabitan Abdullah bin Arqat yang menjadi penunjuk jalan dalam perjalanan bertolak ke Madinah. Jalan yang dilalui pula bukan jalan biasa kerana Abdullah memang mahir selok belok laluan berkenaan bagi mengelak dihidu kafir Quraisy yang sentiasa meneliti pergerakan Nabi Muhammad s.a.w," katanya.

Biarpun beribu bertahun lamanya peristiwa itu, ia tetap dikenang umat Islam sebagai bukti kejayaan.

-Jangan bangga dengan nama Islam tetapi tidak menjiwai watak sebenar seorang Muslim sejati.
Jadikan roh kejayaan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun hijrah ini sebagai detik bermulanya 'perjuangan' yang tidak ada penghujungnya iaitu perubahan seluruh jiwa ke arah kebaikan.

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431






Nak tnya lah sikit kat kwn2..apakh kita msih mahu ddk dlm keadaan yg rugi??

otai nk crita skit tntng hal otai,dulu bolh diktakan otai 85% ddk dlm lalai.maklmlah otak ddk fikir nk enjoy,,tapi skrg bila otai ddk nengun sorang,baru mari nk sedor (bahasa ganu), kita tngak saing2 kita semua pah sorang2 jaya...otai pun rasa macam hina jugok.

otai nk critalah sikit tntng indonesia nii..mcm mne indonesia bleh mngubah otai..nk dgr dok??
ni yg nok degor jelah..otai bukan nk ajok atau nak surh saing2 indon pun.

masa mula2 otai smpai indon.otai terus teranglah kta..otai trkezut tngk negara yg begitu besar dan rakyat yg bgitu ramai..tapi bg otai itu biasalah..yg paling otai respek lah bab membaca kat sni,,mmg rakyat dia ulat buku..otai nk bg thu lah..otai ni mmg kaki malas baca buku dulu.. suatu hari otai memaksa diri ni suruh baca buku..otai trbacalah stu buku yg otai sndiri x thu kemana dh buku tu.(sbb leps baca ada org pinjam bkn buang) dia menerangkan tntang keinsafan seorg hamba untuk maha penciptanya..x prnah otai baca buku sambil menitis air mata,sblm ni kalu otai buka buku sambil jugak nitis.tpi nitis air liur hahaha...sbb buka buku terus tidur.bab prtama tntng dosa yg dilakukan,dri sekecil dosa hingga sebesr dosa dia lakukan..tpi Allah maha pengampun dan melihat kita.otai rasa mcm tresa sngat2 dlm hati otai tntng jln cerita buku ni.. enthlh otai rasa mcm sblm ni otai dh bnyk hbs masa dgn x thu nk buat apa..otai nk bg thu lah kwn2 kat kudqi..masa depn kita kat tngan kita..ustaz2 xleh nk jamin kita..dgn kesungguhan dan keinsafan kita,kita akn dpt merasakan kenikmatan kehidupan..

otai nk bg thu sikitlah..bljr lah sunggh2..jgn jadi mcm otai..otai ddk indon baru nampk mcm mne bestnya bljr...kat kudqi otai mcm x trfikir langsng nk bljr,hari2 nk enjoy jee..tpi bila kita dh hbs kuqi bru kita rasa rugi sbb x bljr sngguh.satu lagi otai nk bg thu..bljr di kelas bukn lah 100% tpi cuma 15% je..85% lagi adalah pngalamn kita dn pencarian kita di luar...

nampak nya otai mcm dh merepek bnyak ni..otai nak ucapakn selamat tahun baru untuk teman2 yg kenal otai.hari ni kita sama azamkn matlamat kita cita2 kita untk jd yg tebaik.. kita kne anggap kita mmg bolh jd yg trbaik..cayok2 semua teman ...berubh lah untuk ilahi..

(Salam Perubahan)



Monday, December 7, 2009

Taman Mini Indonesia








Kapal terbang sesat...







Diantara lain tempat2 sejarah seperti di naggerie aceh.













Taman Mini yang di reka oleh entah sape otai tak tahu..Taman mini ini memamaparkan kebudayaan kaum yg berada di indonesia,, seperti gambr2 di bwh nanti..lawatan ini semprna hari raya ke 2 korban. maklumlahkan ddk jauh dri keluarga...teman2 buat melepaskn rindu..

diantara gmbar2 yg dpt di paparkan..
ini pintu gerbang utama..

Pengorbana Bljar di Indonesia




Semperna Hari Raya korban, Otai nk ucapkan selamat berjuang untuk shbt2 yg kenal otai...
otai raya kat indon jeee..sini lembu tak ada,tapi kabing banyak,,,,tak ada seekor pun lembu... susah nak cari sebab kat sini semua jadi sapi...hehehe,