gambaran hilusi

gambaran hilusi

Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru Di Depan Rumah Je


dari tepi kiri Ibu halimah (org paling garang kawasan ni) Ibu baju putih hehe,,Ibu 15 juta,hahaha

kat depan hujung sekali rumah kita orang..3 tingkat boh..

inilah nikmat layan tahun baru di sini..tepat jam 12 mlm bunga api bnyak meletup.,,,
POMPOMPOMPOM

Tuesday, December 29, 2009

Hari terakhir dalam sem ganjil

ini ibu isnawati byk prkara dia thu byk tntng pelajaran x kira lh apa pun..hebat tau

Ini pak Bambang..dia ni org jawa..best dia ngajar..

Jadi disni otai nk mengucapkan banyak2 terima kasih pada Dosen2 yg bnyak menolong Otai dalam mengenal erti Ilmu Indonesia dan Ilmu agama..Sem depan harap2 Dosen2 ini jugk yg ngajor..Best sngat2...ada byk lagi nama Dosen yg otai x letak gambar, sperti Dosen Ibu elviza dan Prof Dr H Abd Ghani Abdullah ( Pengantar Ilmu hukum) Dosen Dr Rumardi (Tarikh Tasyri) Dosen H Yunasri (Akhlq Tasauf) Dosen Dr Heldi (Sosial Dasar)Dosen Prof Dr H Ibu Amani Lubis (Sejarah Peradaban Islam)

DOAKAN KITA SEMUA BERJAYA DIDUNIA DAN AKHIRAT..NAK EXAM DAN NI. TANGGA 11,JANUARY HINGGA 20 JANUARY NII..

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK IBU DAN BAPAK DOSEN..









Thursday, December 24, 2009

JIKA ditanya tarikh bulan Islam, ramai yang menjawab tergagap-gagap. Jika tahu pun, kemungkinan hari itu jatuh pada hari kebesaran Islam seperti Aidilfitri (1 Syawal), Aidiladha (10 Zulhijjah), Maulidur Rasul (12 Rabiulawal) dan Awal Muharam (1 Muharam).

Kita terpaksa mengakui ramai lebih tahu kalendar masihi berbanding bulan Islam disebabkan terlalu mengagung-agungkan bulan terbabit berbanding bulan Islam.Justeru, amat sesuai tarikh hari ini (1 Muharam 1431 hijrah) iaitu tahun baru dalam kalendar Islam kita meningkatkan kesedaran serta penghayatan terhadap taqwim hijrah.Setiap kali tahun baru, kita tidak pernah terlepas menyatakan azam. Memang tiada seorang pun mahu mahu terus berada dalam kepayahan.Sempena kehadiran bulan Muharam, fokusnya tertumpu kepada peristiwa agung penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w, bermula dari kota Makkah ke Madinah.Rentetan sejarahnya nampak mudah tetapi jika diamati, ia menggambarkan pengorbanan, kesanggupan, kesusahan, ketaatan dan kekuatan iman yang dipamerkan umat Islam yang dipimpin Nabi Muhammad s.a.w. Penghijrahan itu memberi impak besar dalam perkembangan Islam.Mereka sanggup meninggalkan harta benda, rumah, isteri, anak-anak malah mempertaruhkan nyawa sendiri demi melakukan hijrah dan menegakkan agama Allah.Dalam penghijrahan itu umat Islam terpaksa menanggung pelbagai peristiwa getir kerana gerak geri mereka sentiasa diperhatikan kaum kafir Quraisy.Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: "...(Juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurniaan daripada Allah dan keredaan-Nya dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar." (Surah al-Hasyr ayat 8).Golongan kafir Quraisy menyedari jika tersebarnya agama Allah di muka bumi Makkah, ia akan merumitkan kebebasan mereka melakukan kezaliman seperti menipu, rasuah, zina, meminum arak, berjudi dan memperalatkan wanita.Justeru, Rasulullah s.a.w melancarkan seruan dakwah dengan dua keadaan iaitu secara rahsia (sir) dan terbuka.

Maka bermula penentangan hebat yang menyaksikan pelbagai bentuk penindasan serta perpecahan di antara penduduk Makkah. Kebangkitan Islam di Makkah semakin memuncak sehingga penentangan mereka terhadap golongan kafir Quraisy menjadi-jadi. Pembesar Quraisy tidak senang duduk melihat kebangkitan itu lalu menanam benih keraguan di hati masyarakat Makkah. Mereka turut mengaburi mata masyarakat dengan pelbagai ganjaran seperti wanita cantik, harta dan pangkat. Malah, perkara itu turut ditawarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai syarat menghentikan gerakan dakwah.Apabila umat Islam memiliki kesungguhan untuk mengubah diri mereka, Allah pasti memberikan pertolongan terhadap hamba-Nya. Firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Surah Muhammad ayat 7).

Penghijrahan Rasulullah s.a.w itu akhirnya membuahkan hasil apabila mengubah segala pengalaman lampau seperti permusuhan, kejahilan serta kemunduran kepada penyatuan persaudaraan, masyarakat berilmu dan berkeperibadian tinggi serta rancak dengan limpahan kemajuan.Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Dan, orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang sudah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya." (Surah al-Hasyr ayat 9).Namun, di sebalik kesukaran berhijrah, ia memberi pengajaran mendalam kepada umat Islam. Di Madinah, tugas pertama Nabi Muhammad s.a.w adalah menyatukan persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar.Baginda seterusnya mengasaskan masjid pertama sebagai tempat ibadat, penyebaran ilmu serta tempat penyatuan hati umat Islam. Nama Yathrib ditukar kepada Madinah al-Munawwarah yang bermaksud bandar yang bercahaya serta memeterai piagam Madinah.Nabi Muhammad s.a.w menjalinkan hubungan antara kabilah serta penduduk tempatan selain merangka kaedah membasmi kemiskinan dan memperkukuhkan tahap keselamatan negara. Keadaan inilah yang dimanfaatkan Rasulullah s.a.w. dan sahabat r.a. mengerah usaha menyeru manusia kepada Islam sehingga akhirnya Islam tersebar ke seluruh dunia. Saidina Umar r.a mengungkapkan kata yang bermaksud: "Celakalah bagi orang Muslim yang hari ini lebih buruk dari hari semalam dan hari esoknya lebih buruk dari hari ini."

Jd disini Otai bukan nak bg komen atau apa2.cuma otai nk tnya je pada shbt2 yg baca blog otai.
"Kenapa tidak dipilih hari kebesaran Islam lain sebagai tahun permulaan Hijrah??

Bg otai , peristiwa itu mempunyai simbolik terhadap kerjasama erat antara umat Islam dan bukan Islam.

"Ini dikaitkan dengan pembabitan Abdullah bin Arqat yang menjadi penunjuk jalan dalam perjalanan bertolak ke Madinah. Jalan yang dilalui pula bukan jalan biasa kerana Abdullah memang mahir selok belok laluan berkenaan bagi mengelak dihidu kafir Quraisy yang sentiasa meneliti pergerakan Nabi Muhammad s.a.w," katanya.

Biarpun beribu bertahun lamanya peristiwa itu, ia tetap dikenang umat Islam sebagai bukti kejayaan.

-Jangan bangga dengan nama Islam tetapi tidak menjiwai watak sebenar seorang Muslim sejati.
Jadikan roh kejayaan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun hijrah ini sebagai detik bermulanya 'perjuangan' yang tidak ada penghujungnya iaitu perubahan seluruh jiwa ke arah kebaikan.

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431






Nak tnya lah sikit kat kwn2..apakh kita msih mahu ddk dlm keadaan yg rugi??

otai nk crita skit tntng hal otai,dulu bolh diktakan otai 85% ddk dlm lalai.maklmlah otak ddk fikir nk enjoy,,tapi skrg bila otai ddk nengun sorang,baru mari nk sedor (bahasa ganu), kita tngak saing2 kita semua pah sorang2 jaya...otai pun rasa macam hina jugok.

otai nk critalah sikit tntng indonesia nii..mcm mne indonesia bleh mngubah otai..nk dgr dok??
ni yg nok degor jelah..otai bukan nk ajok atau nak surh saing2 indon pun.

masa mula2 otai smpai indon.otai terus teranglah kta..otai trkezut tngk negara yg begitu besar dan rakyat yg bgitu ramai..tapi bg otai itu biasalah..yg paling otai respek lah bab membaca kat sni,,mmg rakyat dia ulat buku..otai nk bg thu lah..otai ni mmg kaki malas baca buku dulu.. suatu hari otai memaksa diri ni suruh baca buku..otai trbacalah stu buku yg otai sndiri x thu kemana dh buku tu.(sbb leps baca ada org pinjam bkn buang) dia menerangkan tntang keinsafan seorg hamba untuk maha penciptanya..x prnah otai baca buku sambil menitis air mata,sblm ni kalu otai buka buku sambil jugak nitis.tpi nitis air liur hahaha...sbb buka buku terus tidur.bab prtama tntng dosa yg dilakukan,dri sekecil dosa hingga sebesr dosa dia lakukan..tpi Allah maha pengampun dan melihat kita.otai rasa mcm tresa sngat2 dlm hati otai tntng jln cerita buku ni.. enthlh otai rasa mcm sblm ni otai dh bnyk hbs masa dgn x thu nk buat apa..otai nk bg thu lah kwn2 kat kudqi..masa depn kita kat tngan kita..ustaz2 xleh nk jamin kita..dgn kesungguhan dan keinsafan kita,kita akn dpt merasakan kenikmatan kehidupan..

otai nk bg thu sikitlah..bljr lah sunggh2..jgn jadi mcm otai..otai ddk indon baru nampk mcm mne bestnya bljr...kat kudqi otai mcm x trfikir langsng nk bljr,hari2 nk enjoy jee..tpi bila kita dh hbs kuqi bru kita rasa rugi sbb x bljr sngguh.satu lagi otai nk bg thu..bljr di kelas bukn lah 100% tpi cuma 15% je..85% lagi adalah pngalamn kita dn pencarian kita di luar...

nampak nya otai mcm dh merepek bnyak ni..otai nak ucapakn selamat tahun baru untuk teman2 yg kenal otai.hari ni kita sama azamkn matlamat kita cita2 kita untk jd yg tebaik.. kita kne anggap kita mmg bolh jd yg trbaik..cayok2 semua teman ...berubh lah untuk ilahi..

(Salam Perubahan)



Monday, December 7, 2009

Taman Mini Indonesia








Kapal terbang sesat...







Diantara lain tempat2 sejarah seperti di naggerie aceh.













Taman Mini yang di reka oleh entah sape otai tak tahu..Taman mini ini memamaparkan kebudayaan kaum yg berada di indonesia,, seperti gambr2 di bwh nanti..lawatan ini semprna hari raya ke 2 korban. maklumlahkan ddk jauh dri keluarga...teman2 buat melepaskn rindu..

diantara gmbar2 yg dpt di paparkan..
ini pintu gerbang utama..

Pengorbana Bljar di Indonesia




Semperna Hari Raya korban, Otai nk ucapkan selamat berjuang untuk shbt2 yg kenal otai...
otai raya kat indon jeee..sini lembu tak ada,tapi kabing banyak,,,,tak ada seekor pun lembu... susah nak cari sebab kat sini semua jadi sapi...hehehe,

Tuesday, October 27, 2009

Airmata seorang Nabi... kerana umat tercinta.

Hayatilah duhai teman....

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak di kenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian di panggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii,ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini,mampukah kita mencintai baginda sebagaimana tulusnya cinta baginda kepada kita?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

Selagi upaya, kuturuti ajarannya
Apa terdaya, ku amalkan sunnahnya
Rinduku padanya tiada terkira...

Saturday, October 24, 2009

. Buat peringatan untuk kita yang sentiasa 'sibuk'

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S.

Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga tetapi tidak mempunyai anak. Lalu, terdetik dlm hati dia(nazar), "Kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi,kalau zaman Nabi Musa, brg siapa bernazar,
walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu...Lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya..Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak payah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati,menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg
jatuh dr bumbung rumah dia, lebih hina dr air kencing anjing hitam... Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi...Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu,isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat, sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. Takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan?
Tapi..lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang..mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelaplah hati kita.. sbb tu liat nak buat kerja2 yg baik.

so...beware dgn apa yg kita makan...betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (dan umat Islam) ,"As-solah as Solah wa mamalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu." Jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya,kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak...

SIAPA PALING KEJAM

Siapa Paling Kejam??


Tiga Orang sedang bertanding untuk melihat siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu, dan akhirnya peremuan itu pengsan.

Dia perpusing menghadap dua lelaki dan berkata,

"Akulah orang yang paling kejam",

Lelaki kedua bangun dan merogol perempuan itu dan terus memukul perempuan itu sehingga perempuan itu mati. Dan dia berkata

"Ttidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku".

Lelaki ketiga pula bangun dan senyum dan menjawab

"Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku"

Perempuan itu adalah Iraq.
Lelaki pertama ialah Saddam.
Lelaki kedua adalah Negara Barat.
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.

Tahniah kepada Umat Islam.



GAMBAR KENANGAN MABIMS



Diantara gambar2 yang dapat dipaparkan dalam blog ini...
Banyak yg dapat diambail dalam pgram ini..

Tuesday, October 20, 2009

Pertemuan Belia MABIMS 2009


Tangga 19-24,10,2009

Pertemuan Belia Mabims (Menteri agama Brunei indonesia malaysia singapura ) di Hotel Lembah Sarimas , Ciater Subang Jawa Barat, Indonesia..

Menghadiri pgrm ini ialah Wakil dari malaysia seramai 5 org. Wakil dari Indonesia 10 org, Wakil dari singapura 10 org, wakil dari brunei 10 org...

wakil dari UIN Jakarta 14 org, UIN G.Jati Bandung 8 org, UIN Sunan Yogyakarta 5 org, UIN syarif Qasyim Pekanbaru 2 org, IAIN Sunan Ampel Surabaya 5 org..

Tuesday, October 13, 2009

Raya di kedutaaan

Pengalaman Di Indonesia

Assalamualaikum,

apa khabar kwn2 di kudqi,sbnrnya otai x sempat nak update blog krn otai skrg brada di indonesia, hari ini otai nak cerita masa mula2 otai sampai hngga hari ni dgn ringkas..kalu nk crite semua trpaksa buat novel lah,

-barmula pada jam 7 pg di airport trg tngga 30.08.2009..

kami dgn rombngn seramai 33 orn dari kudqi dan 2 org pensyarah menaiki peswat air asia untk ke airport LCCT kuala lmpur,tapi kami trpaksa kelewatn krn ada seorng drpd rmbngan kami yg dtg lmbat,bilangnya mau salam satu kmpng dulu...pada jam 9pg kami smpai sne,,masa tu semua pakat sibuk nak siap barng...ada yg nak chet kad,ada pulak asyik call keluarga (awek kot)..tepat jam 2ptg kami beleps ke jakarta,masa dlm kapal adi peeee buat bodoh,,,ada ke dia kentut (memalukan org rusila)...kami smpai di jakarta tepat jam 4ptg wktu m'sia dan indon jam 3ptg.. sampai disana kami di smbut oleh pnjaga UIN (universitas islam negeri) kami dibawa ke uin, prjalanan ke uin makan masa slma 2jam krn jalan nya macet (jem) kami brbuka puasa di pejbt uin...pd mlm itu kami di bwa kw aspa (asrama) ,,kami fikir esok atau lusa nak ddkrumah sewa, tapi pd malam itu juga kami di hambat keluar dri aspa,ngomongnya klu kmu ngak au tinggl disini 1thun bisa keluar aja mlm ini...akhrnya kmi ambil kptsn kluar mlm itu jugk..

-pada tngga kemerdekaan malaysia...

pagi yg sejuk cmpur bau bakso,,kami terus ke universiti untk daftar mata kuliah krn 3 hari lagi kami mula bljr...kami ngak bisa lagi ngomog indon jd kami dibawa oleh faiz untk berurusan disini..kami berbuka dgn nasi uduk atau bakso ajeee...sedih sbb xdpt makan nasi mok wan pasar manir...

-pada tangga hari raya...

inilah hari yg paling sedih bg kami,krn kami tdk dpt nak beraya brsama ibu bapa dn kawan2 di kampng...pagi raya kami prgi menagih rindu di kedutaan malaysia,,,udah lma kami ngak mkn mknan malaysia....kami solat raya dan trus brgmbar disana...ramai jgk yg belum pulng ke kg.. kmi brkonsi pngalaman dgn kwn 2 dri luar universiti kami,,ramai yg ambil kedoktoran disisni..

-ringkas jee sbb dok ingat semua....

-pada tangga 12,10,2009

kami.................tnggu dismbng lagi yeeeeee,sbb malam doh esok ada kuliah...

Friday, July 31, 2009

rupa tak padam dengan panggilan


korang rasa dia tua tak??????

hari ni kau takleh marah kat orang...nanti tak ceria kehidupan....
soryyy deh tak aci dendam

Hari Jadi Tok ki Wan

1.08,2009 genap hari lahir seorang kawan saya yang berumor 123 tahun...ops silap 23 tahun. sbb namanya yang dipanggil tok wan jadi aku ingatkan dia dah tua...

tepat jam 12 malam telnya tak senang dudk,maklmlah ramai peminat yg ucpkan bertdy kat dia. maklmlah org tua.kne hormat...tpi yg paling merusingkan otai ialah kisah hidupnya yg serba slah. bab kata lagu disana menunggu,di sana menanti,maklumlah ramai yg nak buat suami... bermula jam 8pg 1,8, hpnya terpaksa di cas tanpa henti....maklumlahkan boleh free celcom..(pinjam sehari leh tak) otai pun nak sembng jugak dgn kawan otai..

Wednesday, July 29, 2009

hari ini aku ingin konsikan pengalaman aku yang paling kelakar dalm sejarah hidup aku.
bermulanya macam ni...aku di ajak untuk teman kawan aku,kawan aku ada 3 orang,jd kalu kira 4 ornglah semuanya.tugasan aku adalh untuk cari sumbngan dri org ramai untuk majlis konvo kudqi. dalam prjalanan ada seorng mak cik yg nak jumpa aku,dia kata nak bg sumbngan.jd dgn tempat yg diberikan aku melulu sampai,nak jadi ke ceritanya rupanya aku dijemput untuk baca yasin kpd org tua yg nazak,aku dgn kwn2 aku trkezutlah.maklumlah pakaian kami x sprti org yg mahu ke majlis formal..aku ingatkan hanya baca yasin,,rupa2nya disuruh tngok adakah sebujur badan tu hidup ke mati,aku jd seba salah sbb niat aku hanya untuk sumbngn duit,,aku pun buat2 pandai tp mmg [pandai pun] maka sahlah makcik tu sudah mati [al-fatiah]....

Tuesday, July 28, 2009

SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU

">Kisah pengorbanan seorng ibu...
Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak
kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali
sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. Masa terus berlalu... Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu... "Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu
dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan
pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang
kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak
pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah
temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang
dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini,
ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan
bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, ' I love u mom' .

Blog otAi

Salam nie iklan blog bru ni...he...dengki jgk tengok kawan-kawan pakat bt blooog belake...nak2 lagi tokki tua nak mampus asyik duk ngadap dan update blog jer kat bilik ..memang dengki r dengan dia.. maklum la sekarang nie dunia dh berkembang...nk ikut gk perkembangan dunia internet nie mungkin aku x sempat nak ikut kot,hehehe...em,kata orang bijak pandai klu nk tingkatkan ilmu kite cube la curahkan idea kita dengan menulis...
insyaAllah ilmu akan melekat dalam dada kita...haaaa..