gambaran hilusi

gambaran hilusi

Friday, July 31, 2009

rupa tak padam dengan panggilan


korang rasa dia tua tak??????

hari ni kau takleh marah kat orang...nanti tak ceria kehidupan....
soryyy deh tak aci dendam

Hari Jadi Tok ki Wan

1.08,2009 genap hari lahir seorang kawan saya yang berumor 123 tahun...ops silap 23 tahun. sbb namanya yang dipanggil tok wan jadi aku ingatkan dia dah tua...

tepat jam 12 malam telnya tak senang dudk,maklmlah ramai peminat yg ucpkan bertdy kat dia. maklmlah org tua.kne hormat...tpi yg paling merusingkan otai ialah kisah hidupnya yg serba slah. bab kata lagu disana menunggu,di sana menanti,maklumlah ramai yg nak buat suami... bermula jam 8pg 1,8, hpnya terpaksa di cas tanpa henti....maklumlahkan boleh free celcom..(pinjam sehari leh tak) otai pun nak sembng jugak dgn kawan otai..

Wednesday, July 29, 2009

hari ini aku ingin konsikan pengalaman aku yang paling kelakar dalm sejarah hidup aku.
bermulanya macam ni...aku di ajak untuk teman kawan aku,kawan aku ada 3 orang,jd kalu kira 4 ornglah semuanya.tugasan aku adalh untuk cari sumbngan dri org ramai untuk majlis konvo kudqi. dalam prjalanan ada seorng mak cik yg nak jumpa aku,dia kata nak bg sumbngan.jd dgn tempat yg diberikan aku melulu sampai,nak jadi ke ceritanya rupanya aku dijemput untuk baca yasin kpd org tua yg nazak,aku dgn kwn2 aku trkezutlah.maklumlah pakaian kami x sprti org yg mahu ke majlis formal..aku ingatkan hanya baca yasin,,rupa2nya disuruh tngok adakah sebujur badan tu hidup ke mati,aku jd seba salah sbb niat aku hanya untuk sumbngn duit,,aku pun buat2 pandai tp mmg [pandai pun] maka sahlah makcik tu sudah mati [al-fatiah]....

Tuesday, July 28, 2009

SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU

">Kisah pengorbanan seorng ibu...
Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak
kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali
sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. Masa terus berlalu... Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu... "Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu
dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan
pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang
kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak
pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah
temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang
dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini,
ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan
bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, ' I love u mom' .

Blog otAi

Salam nie iklan blog bru ni...he...dengki jgk tengok kawan-kawan pakat bt blooog belake...nak2 lagi tokki tua nak mampus asyik duk ngadap dan update blog jer kat bilik ..memang dengki r dengan dia.. maklum la sekarang nie dunia dh berkembang...nk ikut gk perkembangan dunia internet nie mungkin aku x sempat nak ikut kot,hehehe...em,kata orang bijak pandai klu nk tingkatkan ilmu kite cube la curahkan idea kita dengan menulis...
insyaAllah ilmu akan melekat dalam dada kita...haaaa..